Monday, December 28, 2009
Wednesday, December 23, 2009
[F1] 8.8 - Negeri Sembilan
(a) Sg Ujong
(b) Rembau
(c) Jelebu
(d) Johol
(e) Ulu Muar
(f) Gunung Pasir
(g) Terachi
(h) Jempul
Org Minangkabau (dari Sumatera) ---> Melaka + menetap di Naning, Sg Ujong dan Rembau
*tunjuk taat setia (sebab sultan Melaka berasal dari Melayu-Jambi)
* 4 daerah(kepunyaan penduduk asli) i.e Sg Ujong, Klang, Jelebu dan Johol
[dibawah kerajaan Melaka]
lihat rajah di atas
3 faktor utama tersebut telah menyebabkan ketidaktenteraman [x aman] Ng 9
dan mendorong penghulu2 di Ng 9 meminta bantuan sultan Johor
tapi...sultan Johor tak bantu dan beri kuasa pd mereka untuk mencari seorang anak raja dari Pagar Ruyong i.e Raja Melewar
Lepas tu, Raja Melewar pun pergi ke Siak dan Johor untuk mendapatkan keizinan memerintah Ng 9
*tahun 1773, Yamtuan: Raja Melewar
[ingat ye..Raja Melewar ni dari Pagar Ruyong]
*dan amalan melantik pembesar dari Pagar Ruyong berakhir selepas Raja Lenggang menjadi Yamtuan Besar
sekian...
habis dah bab lapan!!
^__^
Tuesday, December 22, 2009
[F1] 8.7 - Selangor
Namun, dipercayai asal Selangor diperoleh sempena mengambil nama Sungai Selangor.
Kerajaan Selangor merupakan kerajaan Melayu baru yang muncul pada kurun ke-18.
Sebelum itu, pemerintahan di Selangor berasaskan kampung2 kecil yang berajakan kerajaan Melayu Melaka....
(ayat buku teks m/s 133)
1) Jajahan kerajaan Melaka
- Jeram, Klang, Langat dan Kuala Selangor
2) Tun Perak (anak bendahara Melaka)
-jd penghulu Klang
3) [Pada kurun ke-17, org Bugis telah mendiami kawasan pantai Selangor; Kuala Selangor + Klang]
Klang: di bwh kuasa To' Engku Klang (Orang Besar Klang)
Org Bugis---> kukuhkan kuasa dgn lantik Raja Lumu sbg raja Selangor
lepas tu jadi Sultan Selangor (tahun 1766) dgn gelaran Sultan Salehuddin Shah
*sebab tu kt m/s 133 menyatakan
"Sultan Selangor berasal drpd org Bugis yg telah mendirikan penempatan mereka di Kuala Selangor dan Kota Linngi"
Jadi...
Sultan Selangor yg pertama : Sultan Salehuddin Shah
yg kedua : Sultan Ibrahim Shah
yg ketiga : Sultan Muhammad Shah
*Sultan Ibrahim Shah ---> majukan Selangor
bijih timah....bijih timah..bijih timah..
Selangor kaya!!
sebab tu Belanda ingin menaklukinya
[F1] 8.6 - Terengganu
(a) Taring anu [anu merujuk sebutan bagi harimau]
Kerajaan Terenggannu muncul sekitar tahun 1700 hingga 1703
Sejarah kerajaan Terengganu melibatkan negeri Pahang dan Johor
(a) Sultan Zainal Abidin 1
[Tun Zainal Abidin Paduka Maharaja; keluarga bendahara Pahang] dilantik oleh Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah; sultan Johor]
*sebab ade hubungan persaudaraan
*igt bab 7 [m/s 108] ---> Terengganu adalah jajahan takluk Johor pada ketika itu
(b) Sultan Mansor Shah 1 (zaman kegemilangan kerajaan Terengganu)
*libatkan diri dlm perdagangan
*lantik wakil untuk jaga urusan perdagangan
Hubungan diplomatik
*dgn Siam
(a) bantu Siam dgn serang Raja Ligor [1765]
(b) hantar bunga emas ke Siam (sbg tanda persahabatan)
---tapi, pemerintah Siam menanggap pemberian bunga emas sbg tanda Terengganu mengakui ketuanan Siam
Islam
*Sultan Omar (pegang kuat pada ajaran Islam)
*negeri terawal menerima pengaruh agama Islam
--bukti (i) artifak abad ke-13; tembaga purba (dgn tulisan al-Quran)
(ii) prasasti Terengganu [bertarikh 702 Hijrah]; menyebut ttg 10 darma @ undang2
[F1] 8.5 - Kelantan
(a) Ho-lo-tan @ Kuo-lo-tan (Sejarawan China, Shen-Yau)
(b) kolam (tanah) + autam (sempadan) = Kolantam
kolantam....kolantam..kolantam....KELANTAN!!
2) Kelantan asalnya diperintah oleh beberapa orang raja di daerah yang berasingan
Setelah Long Muhammad berjaya membebaskan semula negeri Kelantan daripada tawanan Terengganu
dan..
mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Muhammad 1
[Sultan Muhammad 1 ni dgn Sultan Muhammad yg memerintah Pahang bukan orang yg sama!!!]
ok?
*Sultan Muhammad 1 dari Kelantan
(Long Muhammad setelah mengalahkan Terengganu)
*Sultan Muhammas dari Pahang
(Raja Muhammad dari Melaka yang dihantar oleh sultan Melaka untuk memerintah Pahang)
3) Hubungan diplomatik
Kelantan telah menjalin hubungan dengan Siam untuk
(a) elakkan serangan luar
(b) jaga kemerdekaan
4) perdagangan
(a) laluan perdagangan antara Timur dan Barat
*Kuala Sg Kelantan = tmpt persinggahan sblm ke Teluk Siam, Kemboja dan China
(b) wang emas = dinar dan wang pitis
Monday, December 21, 2009
[F1] 8.4 - Pahang
(a) Phang @ Pahangh (rekod China)
(b) Pong fong (penulis China)
(c) Fahan (org Arab)
(d) tapi..mengikut cerita tradisi Melayu, nama Pahang diambil sempena
"nama pokok Mahang yang tumbang merentangi Sungai Pahang di Kampung Kembahang"
(e) Pura (Sejarah Melayu)
sila rujuk rajah di atas
sejarah kesultanan ni Pahang ni melilbatkan dua negeri; Melaka dan Johor
okey..
*sekarang igt tak yg kisah Tun Perak dgn sultan melaka di bab 5 [m/s 84]
yg kes Tun Perak tak tuntut bela apabila anaknya Tun Besar dibunuh oleh putera Sultan Mansor Shah iaitu Raja Muhammad
dan........
Tun Perak tak tuntut bela sebab dia sgt setia pada sultan
tapi TAK NAK Raja Muhammad jadi pengganti sultan!!
Maka....sultan pon menghantar Raja Muhammad ke Pahang.
[masa ni Pahang adalah jajahan takluk Melaka]
1) sebab tu, keturunan Melaka memulakan kesultanan di Pahang (tahun 1470)
Raja Muhammad [dari Melaka ke negeri Pahang] dgn gelaran Sultan Muhammad Shah
2) tahun 1641-1673
Johor pula ambil alih
kenapa?? (kan masa tu kerajaan Melaka dah jatuh)
igt tak bab 7
[m/s 108]
*Pada tahun 1641, jajahan takluk Johor meliputi wilayah pantai barat Semenanjung Tanah Melayu termasuk Pahang.
[m/s 103]
....Sultan Johor juga mengawal hal ehwal Pahang. Sultan Pahang yang baru biasanya akan ditentukan oleh sultan Johor.
3) Lepas tu..berlaku perpecahan dalam kerajaan Johor [bab 7]....Pahang diletakkan dibawah penguasaan Bendahara Johor *Tahun 1882, Bendahara Wan Ahmad ----> sultan [slps rampas kuasa daripada Bendahara Tun Mutahir]
-end-
[F1] 8.3 - Perak
[m/s 125] Tiada catatan yang menjelaskan asal nama negeri Perak
tapi..menurut A.Halim Nasir, nama Perak diambil sempenana nama Sungai Perak yang terletak di Chegar Galah yang terdapat sejenis ikan berwarna putih seperti perak
sila rujuk rajah di atas...
Terdapat dua sumber sejarah utama yang mengisahkan sejarah negeri Perak
(a) Sejarah Melayu
(b) Salasilah Perak
[m/s 125] Menurut kedua2 sumber ini, Tun Saban telah menghadap Sultan Mahmud Shah, memohon seorang putera baginda untuk dirajakan di Perak.
Maka, baginda berkenan menghantar puteranya, Raja Muzaffar ke Perak berserta alat kebesaran negeri [Cura Si Manjakini]
Maka..........Raja Muzaffar ditabalkan menjadi sultan Perak yang pertama [Sultan Muzaffar Shah]
pusat pemerintahan : Tanah Abang
perak...bijih timah...perak.... bijih timah
disebabkan kekayaan Perak ini, Perak menghadapi beberapa ancaman dari kuasa luar!
1) Acheh telah menawan Perak pada 1575 dan menjadikannya negeri naungan
...ingat balik bab 7 -->[m/s 106]
Setelah kejatuhan Melaka, Acheh muncul sebagai satu kuasa yang besar di rantau ini.
Acheh telah menyerang Perak pada tahun 1575.
2) Jadi...bila Acheh menguasai Perak, hal ini menyukarkan pihak Belanda untuk berdagang di Perak
Oleh itu ---> Belanda KEPUNG+PAKSA sultan Perak sign deal dgn VOC
(i) Perak bersetuju jual bijih timah kepada Belanda
3) Cukai di lombong bijih timah di Klian Intan [diusahakan oleh org Reman dari Siam]
cukai....bijih timah.....Perak kaya!!!
Maka...Siam pun berminat untuk kuasai Perak
jadi..Siam suruh Kedah serang Perak (1816, 1818, 1819)
..dan Perak tewas + hantar bunga emas + benar org Siam beli bijih timah tanpa cukai
[tapi tak berjaya..sebab ade penglibatan British melalui Perjanjian Low]
oh lupa!
tgk pencerna minda [m/s 126]
Antara keunikan Perak ialah berkaitan dengan proses pemilihan dan perlantikan sultan
Perak mengamalkan sistem giliran"Sistem giliran"
sekarang kita belajar sejarah Pahang pula
^__^
[F1] 8.2 - Kedah
(a) Cheh-Cha [org Cina]
(b) Kataha, Kalagam @ Kadaram [pedagang India]
(c) Kalah @ Kalah Bar [pedagang Arab]
(d) Sai [org Siam]
Sultan Muzaffar Shah telah membahagikan Kedah kepada 3 pusat pentadbiran
(a) Kota Palas
(b) Langkawi
(c) Kota Ulu
pindah...pindah..pindah sampai tahun 1735 --> Kota Setar menjadi pusat pemerintahan
sekarang...ALOR SETAR
Disebabkan kedudukan Kedah yang strategik...Kedah menjadi tumpuan pedagang dari Arab, Parsi, India, Sri Lanka, China dan Barat
Maka, Kedah terpaksa menghadapi cabaran daripada kuasa luar
okey
cuba tengok rajah di atas
[m/s 123]...Pada tahun 1619, Kedah diserang oleh Acheh yg diketuai oleh Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam
....igt balik bab 7 ----> [m/s 106]
Acheh telah menjadi satu kuasa besar di rantau ini [di bawah pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam] setelah kejatuhan Kerajaan Melaka
dan...Acheh telah MENYERANG KEDAH pada 1619
disebabkan serangan Acheh tersebut, Kedah meminta bantuan Siam
[m/s 124]...Tetapi, pada 1767, Siam ditawan oleh Burma
oleh itu, Kedah pun menjalin persahabatan dgn Burma [untuk menjamin keselamatan]
Kemudian...pada kurun ke-18
Kedah menghadapi ancaman Siam + mslh dalaman [perebutan takhta dan pertikaian kerabat diraja]
oleh itu, Kedah meminta pertolongan Inggeris
tapi...bila Kedah berbaik2 dengan Inggeris + enggan akur pada Siam
menyebabkan Siam menakluk Kedah pada 1821
lepas tu...Sultan Kedah + pembesar + pengikut berundur ke Penang
[susun strategi untuk serang Siam di Kedah]
dan.....akhirnya, Kedah berjaya mendapatkan semula kemerdekaan dari Siam pada tahun 1842
tapi lepas tu
Kedah baik2 dgn Siam lepas tahun 1842
maka....Kedah pun menjadi sebuah negeri yang aman dan makmur
-end-
[m/s 124] Negeri Kedah terkenal sebagai sebuah pelabuhan entrepot
(a) mengamalkanUndang-Undang Laut Melaka
(b) sistem sukat + matawang
(c) hasil tempatan - emas, bijih timah, lada hitam, damar, rotan, tanduk dan gading
Menurut
(a) Hikayat Merong Mahawangsa
-Kerajaan Kedah telah wujud pada abad ke7
-Raja Kedah [Merong Mahawangsa] peluk Islam --> Sultan Muzaffar Shah
(b) Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah
-Maharaja Derba Raja pelukIslam --> Sultan Muzaffar Shah
kesimpulannya
2 sumber sejarah tersebut menyatakan kedatangan Islam ke Kedah; pemerintah memeluk Islam
ok?
^__^
sekarang kita belajar sejarah negeri Perak pula
[F1] 8.1 - Kerajaan Negeri-Negeri Melayu
untuk BAB 8 : Kerajaan Negeri-Negeri Melayu ni
kamu akan mempelajari kerajaan Melayu yang tua dan kerajaan Melayu yang baru.
Kerajaan Melayu tua: wujud sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka
(a) Kedah
(b) Perak
(c) Pahang
Kerajaan Melayu baru: terbentuk selepas zaman Kesultanan Melayu Melaka
(a) Kelantan
(b)Terengaanu
(c) Selangor
(d) Negeri Sembilan