Monday, December 28, 2009
Wednesday, December 23, 2009
[F1] 8.8 - Negeri Sembilan
(a) Sg Ujong
(b) Rembau
(c) Jelebu
(d) Johol
(e) Ulu Muar
(f) Gunung Pasir
(g) Terachi
(h) Jempul
Org Minangkabau (dari Sumatera) ---> Melaka + menetap di Naning, Sg Ujong dan Rembau
*tunjuk taat setia (sebab sultan Melaka berasal dari Melayu-Jambi)
* 4 daerah(kepunyaan penduduk asli) i.e Sg Ujong, Klang, Jelebu dan Johol
[dibawah kerajaan Melaka]
lihat rajah di atas
3 faktor utama tersebut telah menyebabkan ketidaktenteraman [x aman] Ng 9
dan mendorong penghulu2 di Ng 9 meminta bantuan sultan Johor
tapi...sultan Johor tak bantu dan beri kuasa pd mereka untuk mencari seorang anak raja dari Pagar Ruyong i.e Raja Melewar
Lepas tu, Raja Melewar pun pergi ke Siak dan Johor untuk mendapatkan keizinan memerintah Ng 9
*tahun 1773, Yamtuan: Raja Melewar
[ingat ye..Raja Melewar ni dari Pagar Ruyong]
*dan amalan melantik pembesar dari Pagar Ruyong berakhir selepas Raja Lenggang menjadi Yamtuan Besar
sekian...
habis dah bab lapan!!
^__^
Tuesday, December 22, 2009
[F1] 8.7 - Selangor
Namun, dipercayai asal Selangor diperoleh sempena mengambil nama Sungai Selangor.
Kerajaan Selangor merupakan kerajaan Melayu baru yang muncul pada kurun ke-18.
Sebelum itu, pemerintahan di Selangor berasaskan kampung2 kecil yang berajakan kerajaan Melayu Melaka....
(ayat buku teks m/s 133)
1) Jajahan kerajaan Melaka
- Jeram, Klang, Langat dan Kuala Selangor
2) Tun Perak (anak bendahara Melaka)
-jd penghulu Klang
3) [Pada kurun ke-17, org Bugis telah mendiami kawasan pantai Selangor; Kuala Selangor + Klang]
Klang: di bwh kuasa To' Engku Klang (Orang Besar Klang)
Org Bugis---> kukuhkan kuasa dgn lantik Raja Lumu sbg raja Selangor
lepas tu jadi Sultan Selangor (tahun 1766) dgn gelaran Sultan Salehuddin Shah
*sebab tu kt m/s 133 menyatakan
"Sultan Selangor berasal drpd org Bugis yg telah mendirikan penempatan mereka di Kuala Selangor dan Kota Linngi"
Jadi...
Sultan Selangor yg pertama : Sultan Salehuddin Shah
yg kedua : Sultan Ibrahim Shah
yg ketiga : Sultan Muhammad Shah
*Sultan Ibrahim Shah ---> majukan Selangor
bijih timah....bijih timah..bijih timah..
Selangor kaya!!
sebab tu Belanda ingin menaklukinya
[F1] 8.6 - Terengganu
(a) Taring anu [anu merujuk sebutan bagi harimau]
Kerajaan Terenggannu muncul sekitar tahun 1700 hingga 1703
Sejarah kerajaan Terengganu melibatkan negeri Pahang dan Johor
(a) Sultan Zainal Abidin 1
[Tun Zainal Abidin Paduka Maharaja; keluarga bendahara Pahang] dilantik oleh Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah; sultan Johor]
*sebab ade hubungan persaudaraan
*igt bab 7 [m/s 108] ---> Terengganu adalah jajahan takluk Johor pada ketika itu
(b) Sultan Mansor Shah 1 (zaman kegemilangan kerajaan Terengganu)
*libatkan diri dlm perdagangan
*lantik wakil untuk jaga urusan perdagangan
Hubungan diplomatik
*dgn Siam
(a) bantu Siam dgn serang Raja Ligor [1765]
(b) hantar bunga emas ke Siam (sbg tanda persahabatan)
---tapi, pemerintah Siam menanggap pemberian bunga emas sbg tanda Terengganu mengakui ketuanan Siam
Islam
*Sultan Omar (pegang kuat pada ajaran Islam)
*negeri terawal menerima pengaruh agama Islam
--bukti (i) artifak abad ke-13; tembaga purba (dgn tulisan al-Quran)
(ii) prasasti Terengganu [bertarikh 702 Hijrah]; menyebut ttg 10 darma @ undang2
[F1] 8.5 - Kelantan
(a) Ho-lo-tan @ Kuo-lo-tan (Sejarawan China, Shen-Yau)
(b) kolam (tanah) + autam (sempadan) = Kolantam
kolantam....kolantam..kolantam....KELANTAN!!
2) Kelantan asalnya diperintah oleh beberapa orang raja di daerah yang berasingan
Setelah Long Muhammad berjaya membebaskan semula negeri Kelantan daripada tawanan Terengganu
dan..
mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Muhammad 1
[Sultan Muhammad 1 ni dgn Sultan Muhammad yg memerintah Pahang bukan orang yg sama!!!]
ok?
*Sultan Muhammad 1 dari Kelantan
(Long Muhammad setelah mengalahkan Terengganu)
*Sultan Muhammas dari Pahang
(Raja Muhammad dari Melaka yang dihantar oleh sultan Melaka untuk memerintah Pahang)
3) Hubungan diplomatik
Kelantan telah menjalin hubungan dengan Siam untuk
(a) elakkan serangan luar
(b) jaga kemerdekaan
4) perdagangan
(a) laluan perdagangan antara Timur dan Barat
*Kuala Sg Kelantan = tmpt persinggahan sblm ke Teluk Siam, Kemboja dan China
(b) wang emas = dinar dan wang pitis
Monday, December 21, 2009
[F1] 8.4 - Pahang
(a) Phang @ Pahangh (rekod China)
(b) Pong fong (penulis China)
(c) Fahan (org Arab)
(d) tapi..mengikut cerita tradisi Melayu, nama Pahang diambil sempena
"nama pokok Mahang yang tumbang merentangi Sungai Pahang di Kampung Kembahang"
(e) Pura (Sejarah Melayu)
sila rujuk rajah di atas
sejarah kesultanan ni Pahang ni melilbatkan dua negeri; Melaka dan Johor
okey..
*sekarang igt tak yg kisah Tun Perak dgn sultan melaka di bab 5 [m/s 84]
yg kes Tun Perak tak tuntut bela apabila anaknya Tun Besar dibunuh oleh putera Sultan Mansor Shah iaitu Raja Muhammad
dan........
Tun Perak tak tuntut bela sebab dia sgt setia pada sultan
tapi TAK NAK Raja Muhammad jadi pengganti sultan!!
Maka....sultan pon menghantar Raja Muhammad ke Pahang.
[masa ni Pahang adalah jajahan takluk Melaka]
1) sebab tu, keturunan Melaka memulakan kesultanan di Pahang (tahun 1470)
Raja Muhammad [dari Melaka ke negeri Pahang] dgn gelaran Sultan Muhammad Shah
2) tahun 1641-1673
Johor pula ambil alih
kenapa?? (kan masa tu kerajaan Melaka dah jatuh)
igt tak bab 7
[m/s 108]
*Pada tahun 1641, jajahan takluk Johor meliputi wilayah pantai barat Semenanjung Tanah Melayu termasuk Pahang.
[m/s 103]
....Sultan Johor juga mengawal hal ehwal Pahang. Sultan Pahang yang baru biasanya akan ditentukan oleh sultan Johor.
3) Lepas tu..berlaku perpecahan dalam kerajaan Johor [bab 7]....Pahang diletakkan dibawah penguasaan Bendahara Johor *Tahun 1882, Bendahara Wan Ahmad ----> sultan [slps rampas kuasa daripada Bendahara Tun Mutahir]
-end-
[F1] 8.3 - Perak
[m/s 125] Tiada catatan yang menjelaskan asal nama negeri Perak
tapi..menurut A.Halim Nasir, nama Perak diambil sempenana nama Sungai Perak yang terletak di Chegar Galah yang terdapat sejenis ikan berwarna putih seperti perak
sila rujuk rajah di atas...
Terdapat dua sumber sejarah utama yang mengisahkan sejarah negeri Perak
(a) Sejarah Melayu
(b) Salasilah Perak
[m/s 125] Menurut kedua2 sumber ini, Tun Saban telah menghadap Sultan Mahmud Shah, memohon seorang putera baginda untuk dirajakan di Perak.
Maka, baginda berkenan menghantar puteranya, Raja Muzaffar ke Perak berserta alat kebesaran negeri [Cura Si Manjakini]
Maka..........Raja Muzaffar ditabalkan menjadi sultan Perak yang pertama [Sultan Muzaffar Shah]
pusat pemerintahan : Tanah Abang
perak...bijih timah...perak.... bijih timah
disebabkan kekayaan Perak ini, Perak menghadapi beberapa ancaman dari kuasa luar!
1) Acheh telah menawan Perak pada 1575 dan menjadikannya negeri naungan
...ingat balik bab 7 -->[m/s 106]
Setelah kejatuhan Melaka, Acheh muncul sebagai satu kuasa yang besar di rantau ini.
Acheh telah menyerang Perak pada tahun 1575.
2) Jadi...bila Acheh menguasai Perak, hal ini menyukarkan pihak Belanda untuk berdagang di Perak
Oleh itu ---> Belanda KEPUNG+PAKSA sultan Perak sign deal dgn VOC
(i) Perak bersetuju jual bijih timah kepada Belanda
3) Cukai di lombong bijih timah di Klian Intan [diusahakan oleh org Reman dari Siam]
cukai....bijih timah.....Perak kaya!!!
Maka...Siam pun berminat untuk kuasai Perak
jadi..Siam suruh Kedah serang Perak (1816, 1818, 1819)
..dan Perak tewas + hantar bunga emas + benar org Siam beli bijih timah tanpa cukai
[tapi tak berjaya..sebab ade penglibatan British melalui Perjanjian Low]
oh lupa!
tgk pencerna minda [m/s 126]
Antara keunikan Perak ialah berkaitan dengan proses pemilihan dan perlantikan sultan
Perak mengamalkan sistem giliran"Sistem giliran"
sekarang kita belajar sejarah Pahang pula
^__^
[F1] 8.2 - Kedah
(a) Cheh-Cha [org Cina]
(b) Kataha, Kalagam @ Kadaram [pedagang India]
(c) Kalah @ Kalah Bar [pedagang Arab]
(d) Sai [org Siam]
Sultan Muzaffar Shah telah membahagikan Kedah kepada 3 pusat pentadbiran
(a) Kota Palas
(b) Langkawi
(c) Kota Ulu
pindah...pindah..pindah sampai tahun 1735 --> Kota Setar menjadi pusat pemerintahan
sekarang...ALOR SETAR
Disebabkan kedudukan Kedah yang strategik...Kedah menjadi tumpuan pedagang dari Arab, Parsi, India, Sri Lanka, China dan Barat
Maka, Kedah terpaksa menghadapi cabaran daripada kuasa luar
okey
cuba tengok rajah di atas
[m/s 123]...Pada tahun 1619, Kedah diserang oleh Acheh yg diketuai oleh Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam
....igt balik bab 7 ----> [m/s 106]
Acheh telah menjadi satu kuasa besar di rantau ini [di bawah pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam] setelah kejatuhan Kerajaan Melaka
dan...Acheh telah MENYERANG KEDAH pada 1619
disebabkan serangan Acheh tersebut, Kedah meminta bantuan Siam
[m/s 124]...Tetapi, pada 1767, Siam ditawan oleh Burma
oleh itu, Kedah pun menjalin persahabatan dgn Burma [untuk menjamin keselamatan]
Kemudian...pada kurun ke-18
Kedah menghadapi ancaman Siam + mslh dalaman [perebutan takhta dan pertikaian kerabat diraja]
oleh itu, Kedah meminta pertolongan Inggeris
tapi...bila Kedah berbaik2 dengan Inggeris + enggan akur pada Siam
menyebabkan Siam menakluk Kedah pada 1821
lepas tu...Sultan Kedah + pembesar + pengikut berundur ke Penang
[susun strategi untuk serang Siam di Kedah]
dan.....akhirnya, Kedah berjaya mendapatkan semula kemerdekaan dari Siam pada tahun 1842
tapi lepas tu
Kedah baik2 dgn Siam lepas tahun 1842
maka....Kedah pun menjadi sebuah negeri yang aman dan makmur
-end-
[m/s 124] Negeri Kedah terkenal sebagai sebuah pelabuhan entrepot
(a) mengamalkanUndang-Undang Laut Melaka
(b) sistem sukat + matawang
(c) hasil tempatan - emas, bijih timah, lada hitam, damar, rotan, tanduk dan gading
Menurut
(a) Hikayat Merong Mahawangsa
-Kerajaan Kedah telah wujud pada abad ke7
-Raja Kedah [Merong Mahawangsa] peluk Islam --> Sultan Muzaffar Shah
(b) Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah
-Maharaja Derba Raja pelukIslam --> Sultan Muzaffar Shah
kesimpulannya
2 sumber sejarah tersebut menyatakan kedatangan Islam ke Kedah; pemerintah memeluk Islam
ok?
^__^
sekarang kita belajar sejarah negeri Perak pula
[F1] 8.1 - Kerajaan Negeri-Negeri Melayu
untuk BAB 8 : Kerajaan Negeri-Negeri Melayu ni
kamu akan mempelajari kerajaan Melayu yang tua dan kerajaan Melayu yang baru.
Kerajaan Melayu tua: wujud sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka
(a) Kedah
(b) Perak
(c) Pahang
Kerajaan Melayu baru: terbentuk selepas zaman Kesultanan Melayu Melaka
(a) Kelantan
(b)Terengaanu
(c) Selangor
(d) Negeri Sembilan
Thursday, December 17, 2009
[F1] 7.8 Kemerosotan Kerajaan Johor
[F1] 7.7 - Kegemilangan Kerajaan Johor [Persuratan]
(ayat dari buku teks m/s 112)
(a) Tun Sri Lanang
-susun Sejarah Melayu
(b) Hikayat Hang Tuah
- MENGAGUNGKAN nama Kesultanan Melayu Melaka sbg sebuah empayar agung pada ketika itu
(c) Riau (pusat kerajaan Johor)
-hasilkan byk karya sejarah, bahasa, dan buku agama Islam
(d) pengarang terkenal; Raja Haji Ahmad + Raja Ali Haji
(e) Johor = pusat pengajian ilmu agama Islam
*Makam Tauhid (pusat pemerintahan Johor)
[F1] 7.6 - Kegemilangan Kerajaan Johor
satu -> sultan+pembesar yg cekap
dua -> pusat perdagangan
tiga -> persuratan
okey
1) KECEKAPAN Sultan dan pembesar Johor mentadbir negeri merupakan FAKTOR UTAMA Johor mencapai kegemilangan (ayat dari buku teks m/s 108)
2) KEMAJUAN dalam kegiatan perdagangan
(seperti yang diringkaskan dibawah)
tgk m/s 108
jajahan takluk Johor sangat luas
jadi Johor dapat mengumpul PELBAGAI hasil dagangan!!!
oleh itu, RAMAI lah pedagang asing datang berniaga di pelabuhan Johor
dari... (a) China; Canton (Guangzao) dan Amoy
(b) Belanda
(c) Inggeris
Semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah II (1685-1699)
Pusat pentadbiran + pelabuhan Johor telah BERPINDAH dari BATU SAWAR ke RIAU
"Bilangan kapal yang berlabuh di pelabuhan Johor TERLALU BANYAK"
*Thomas Silcher (gabenor Belanda, 1689)
KEPELBAGAIAN brg dagangan --> ade brg TEMPATAN..ade brg LUAR NEGERI
*barang tempatan macam damar, tikar, bijih timah, sagu, minyak, lada hitam, pinang, ikan masin, garam, kayu gaharu dan beras
*barang luar negeri pula macam benang emas, kain sutera putih, teh, barangan tembikar dan tembaga dari China.
(ayat dari buku teks m/s 109)
KEMUDAHAN --> gudang+khidmat membaiki kapal
Ade 2 cara perdagangan dijalankan i.e TUKAR BARANG + MATA WANG
sistem cukai yang BERPATUTAN
(a) setiap bahara lada hitam = 6 keping emas
(b) setiap bahara timah = 10 keping emas
sistem naungan; menjamin KESELAMATAN pedagang ASING
di mana...setiap pedagang asing dilindungi oleh Bendahara, Raja Indera Bongsu, Temenggung dan Laksamana
org laut; jamin KESELAMATAN PEDAGANG + KAPAL yg berlabuh
*tugas org laut : kawal pelabuhan, pengawas perairan Johor, penunda + penunjuk arah
geografi; TERLINDUNG dari tiupan angin monsun + PINTU MASUK bhgn selatan Selat Melaka
jadi..bolehla Johor kawal lalu-lintas kapal dagang dari Barat + Timur
pusat buat kapal pesisiran pantai; banteng, baluk, kolek, pencalang + pencacap
Wednesday, December 16, 2009
[F1] 7.1 - Pengasasan Kerajaan Johor
(ayat dari buku teks m/s 101)
okey kelas
refresh balik bab 6 ye
Kesultanan Melayu Melaka telah mengalami kemerosotan semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah (ayat dari buku teks m/s 91)
dan..ingat tak kes yang Sultan Mahmud telah murka+bunuh Tun Mutahir tanpa usul periksa tu?
kan lepas tu Sultan Mahmud menyesal dan kemudiannya...menyerahkan pemerintahan kepada puteranya; Raja Ahmad (sekali lagi ayat dari buku teks m/s 92 pulak)
dan selepas diserang Portugis, akhirnya sultan berundur
lepas tu...Sultan Mahmud Shah mendirikan kerajaan yang baru SELEPAS KEMANGKATAN anaknya, Sultan Ahmad Shah
jadi kelas...
sebab tu lah di awal bab7 menyatakan usaha SULTAN MAHMUD SHAH untuk mengasaskan kerajaan baru bagi mendapatkan semula Melaka
ok..jadi ingat
SULTAN......
MAHMUD.....
SHAH...
[F1] 6.3 - Kedatangan Portugis
satu -> kelemahan dalam kepimpinan
dua -> masalah perpaduan
tiga -> kelemahan askar Melaka
dan empat -> KEDATANGAN PORTUGIS!!
kenapa ye orang Portugis ni berminat nk dtg ke Melaka?
[sila baca m/s 94]
bagaimana Portugis ni akhirnya berjaya MENAWAN MELAKA??
Semuanya bermula dgn kedatangan Lopez de Sequeira yang telah dihantar oleh Raja Portugal
Pada awalnya, kedatangan rombongan ni adalah untuk tujuan memulakan hubungan dgn kerajaan Melaka.
Tetapi...pedagang2 Islam dari Gujerat + Jawa dapat info bahawa rombongan tersebut berniat jahat
Dan...akhirnya, sultan pon menangkap rombongan tersebut
*untuk memudahkan kronologi kedatangan Portugis, rujuk rajah di bawah
lepas tu kan, Raja Portugal tu hantar pulak si Alfonso de Albuquerque tu
si Alfonso pon buat 3 TUNTUTAN
satu -> ganti rugi
dua -> bebas tawanan
tiga -> bina kubu
dan Sultan Melaka telah MENOLAK tuntutan tersebut
*kesan drpd penolakan tuntutan tersebut
MELAKA DISERANG!!
Sultan Melaka ketika itu telah cuba sedaya upaya menawan semula Melaka
tetapi... tidak berjaya TT_TT
* Hikayat Muhammad Ali Hanafiah
-mengisahkan seorang pahlawan yang gagah berani dan telah menentang ramai musuh
Hikayat ini telah menyemarakkan semangat juang askar Melaka!!!!
dengan itu,
tamatlah bab 6
^__^
JGN LUPA STUDY YE!!!
Friday, December 11, 2009
Thursday, December 10, 2009
Tuesday, December 08, 2009
Friday, December 04, 2009
[F1] 4.2 - Asal-Usul Nama Melaka
yang ni cikgu sure murid2 sekalian dah hafal
senang kan
jd tak payah nk explain
Asal nama Melaka
Pokok Melaka [Sejarah Melayu]
Amalaka [bhs Sanskrit]
Mulaqah (pertemuan); Malaqat (perhimpunan segala dagang) [perkataan Arab]
*pembangunan Melaka*
--sistem pemerintahan
pembesar (hal ehwal balairung seri)
40 org bentara (laksanakan perintah raja)
biduanda kecil; a.k.a budak kundang, budak raja, juak-juak, hamba atau org suruhan raja
(bw alat kebesaran diraja)
--pelabuhan
--hub. diplomatik (maka tidak lagi diancam Siam + Majapahit)
Siam + China
--bantuan org Laut
--konsep daulat
habis dah bab 4
^__^
[F1] 4.1 - Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka
Bagaimana terbentuknya Kesultanan Melayu Melaka?
lihat peta di m/s 47,
Parameswara ialah pengasas Kesultanan Melayu Melaka
Okay...ingat balik bab tiga
Kerajaan awal di Asia Tenggara
.....di Kepulauan Melayu adalah Srivijaya dan Majapahit
macam ni...
Srivijaya diasaskan pada abad ke-7 Masihi
Majapahit pula telah menjadi kawasan perdagangan utama pada abad ke-15
jadi kelas,
Kerajaan Srivijaya yang terlebih dahulu mencapai kegemilangan
...dan setelah kerajaan Srivijaya mengalami kemerosotan, muncul pula Kerajaan Majapahit
dan..tgk balik bab 3
Kerajaan Srivijaya berpusat di Palembang, dan mempunyai jajahan takluk yg sgt luas dan antaranya adalah Temasik
Maka, setelah kejatuhan kerajaan Srivijaya, Kerajaan Majapahit telah berjaya menguasai jajahan takluk Srivijaya; i.e Palembang + Temasik
dan..ketika itu raja Palembang+putera (Parameswara) menentang penguasaan Majapahit terhadap Palembang
tetapi....akhirnya Parameswara + pengikut2 terpaksa berundur setelah diserang Majapahit
1) Palembang---> Temasik (naungan Siam)
pemerintah: Temagi (sambut baik kedatangan rombongan Parameswara)
tetapi...Parameswara menuntut hak pertuanan terhadap Temasik
(igt balik bahawa Temasik pernah menjadi naungan Srivijaya)
dan telah membunuh Temagi -----> Parameswara diancam Siam + Majapahit
2) Temasik--->Muar--- Sening Ujung + Bertam---->ke utara
*kedudukan strategik*
dekat laut (laluan pedagang)
bekalan air bersih (mudah)
bukit-bukau (petunjuk + kawal Selat Melaka)
pokok bakau + api-api (benteng+pelindung)
muara sungai terlindung (tiada gangguan angin monsun)
ok, skrg igt
perjalanan Parameswara
Palembang-->Temasik-->Muar---Sening Ujung+Bertam
Parameswara diancam oleh
Majapahit, Temasik, Siam
Thursday, December 03, 2009
[F2] 7.8 - Kerajaan Majapahit
jadi..mmg senang nk ingat!
okey murid2,
pengasas
Raden Wijaya
pengaruh Hindu-Buddha
Undang-undang Manu (sumber bertulis; jelaskan peranan hakim)
Raja
konsep Devaraja (wakil dewa utk pimpin manusia)
dibantu oleh PM + 4 org menteri
Majapahit gemilang!
raja: Hayam Wuruk (Raja Senagara)
PM: Patih Gajah Mada
pelabuhan
Kataha (Kedah Tua) + Temasik
tmpt perdagangan utama (abad ke-15 Masihi); pedagang dari Asia Tenggara, China, India dan Timur Tengah
hah!
habis pon bab 3
senang kan?
jangan lupe study lagi ye!!
[F1] 7.7 - Kerajaan Kedah Tua
jadi Kedah Tua ni adalah kerajaan TERAWAL di Semenanjung Tanah Melayu
(kurun ke5 Masihi)
Kedah Tua = Kataha = Cheh-Cha (catatan I-Ching)
pelabuhan
mula2 di Sungai Mas lepas tu berpindah ke Lembah Bujang
* Gunung Jerai (panduan untuk pedagang)
* pusat pertukaran barang2 + tempat persinggahan (pelayar dari Arab, Parsi, India dan Sri Lanka) on the way nk pergi Timur
* pusat perdagangan hasil tempatan (malas nk taip..tgk m/s 39 ye ;p)
agama
mula2 agama Buddha lepas tu Hindu
* candi di Lembah Bujang (bukti pengaruh Hindu-Buddha)
name pon Kedah kan..dari zaman dulu lagi Kedah Tua ni adalah pengeluar padi yg utama
last skali
ahli sejarah jumpa
wang perak (zaman pemerintahan Sultan al-Mutawakil) + manik (India) + barangan kaca (Timur Tengah)
....membuktikan yg Kedah ni pernah mencapai zaman kegemilangan + menjadi tumpuan pedagang [Timur Tgh + India]
*jadi murid2 sekalian
kalau nk tambah info pasal Kedah Tua ni, pergi kat link di bawah
http://www.southeastasianarchaeology.com/2007/10/19/an-archaeological-region-older-than-angkor-wat/
[F1] 7.6 - Kerajaan Srivijaya
Kerajaan Srivijaya ni adalah antara kerajaan yg mempunyai jajahan takluk yg sgt luas di Kepulauan Melayu
(tgk m/s 38)
diasaskan sekitar abad ke7 Masihi
Palembang (pusat kerajaan + pelabuhan)
seperti biasa...raja mempunyai kuasa mutlak
menurut catatan Arab; raja (Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau)
Menteri (org perantaraan antara raja dengan rakyat)
Ade 3 bahagian pentadbiran; diraja, ketenteraan dan daerah
*catatan batu bersurat 683 Masihi [dijumpai di Telaga batu]
ok..
tgk balik peta kat m/s 38 tu,
kawasan jajahan takluk Srivijaya sangat luas kan?
oleh itu, Srivijaya dapat menguasai kawasan perairan penting yg terlibat dalam aktiviti perdagangan; Selat Melaka, Selat Sunda dan Laut Jawa
jadi kelas...
disebabkan penguasaan terhadap perairan tersebut
Srivijaya dapat MENGAWAL kegiatan perdagangan maritim di Kepulauan Melayu
...sbg pusat pertukaran barangan (China, India dan Barat)
brg dagangan - damar, cendana, kapur barus, kamenyan dan lada hitam
[F1] 7.5 - Kerajaan ChihTu
macam mane nk igt pasal kerajaan Chih Tu?
tgk m/s 37
Chih Tu terletak kat Kelantan kan
jadi senangla nk igt
yg Chih Tu tu maksudnya "Tanah Merah"
lepas tu
Gua Musang kan dkt Kelantan..
jadi skrg..ingat
Raja Guatama (pengasas)
(Gua Musang ....Guatama)
Gua...Gua...
hah!
ingat dah?
- Chih Tu (Tanah Merah, catatan I-Ching)
- Raja Guatama (pengasas, abad ke-6 Masihi)
- raja (kuasa mutlak + dibantu 3 org menteri+sistem ikut Srivijaya)
- pengaruh Hindu
Wednesday, December 02, 2009
[F1] 7.4 - Kerajaan Champa
Chu Lien (pengasas; 1920 Masihi)
Raja Champa (pengaruh Hindu)
Inderapura (pelabuhan)
pengaruh China (kurun ke 13-kurun ke 15)
Bhadravarnom (peneraju; dari sumber Sanskrit)
*kalau nk tahu lagi pasal kerajaan Champa ni
http://www.worldheritageroad.com/culture/culture.htm
[F1] 7.3 - History of Angkor
Cikgu ada terjumpa BANYAKKK video pasal angkor+funan ni
Jadi, Cikgu nak share video ni
nanti...bolehla murid2 sekalian tgk Angkor Wat, Baray ....
[F1] 3.2 - Kerajaan Funan
okey...
Kerajaan Funan telah wujud pada ABAD PERTAMA MASIHI
Kerajaan Angkor pula, pada ABAD KETUJUH MASIHI
Jadi, Sebenarnya begini...
Kerajaan Funan ni umpama "ancient pre-Angkor"
sebab tu Funan ni adalah KERAJAAN TERAWAL di Asia Tenggara
- Vyadhapura (pusat kerajaan)
- Sungai Mekong (sumber bekalan air + jln perdagangan)
- Kaundinya (Raja pertama; dgn gelaran Kurung Bnam)
- Fan-Shih Man (Jeneral yg agung)
- Oc-Eo (pelabuhan utama)
Tuesday, December 01, 2009
[F1] 3.1 - Kerajaan Awal di Asia Tenggara
jangan risau....
Cikgu akan permudahkan bab 3 ni
ape yang penting, murid2 sekalian
ade 2 jenis kerajaan awal di Asia Tenggara ni
- Agraria (Angkor, Funan)
- Maritim (Champa, Chih Tu, Srivijaya, Kedah Tua dan Majapahit)
agraria ni berkaitan dgn pertanian (agro)
maritim pula, berkaitan dgn pelabuhan+perdagangan+laut (marin)
Kerajaan Angkor
Sg Mekong (pusat kerajaan)
Tasik Tonle Sap (kawasan pertanian)
Raja (Devaraja + kuasa mutlak)
Suryavarman II (zaman kegemilangan)
Hindu-Buddha (agama utama)
Angkot Wat (bukti Hindu-Buddha)
[F1] 2.1 - Zaman Prasejarah di Malaysia
Malaysia mengalami 3 zaman prasejarah i.e
- Paleolitik
- Neolitik
- Zaman Batu
eh.....mane peginya zaman mesolitik??
pegi m/s 21 (buku teks sejarah f1)
bla...bla..bla...sebab alat batu hoabinh (kire alat batu hoabinh ni adalah ciri zaman mesolitik) telah wujud di Bukit Jawa, Lenggong (Perak)kira-kira 200,000-300,000 thn dahulu i.e pada zaman Paleolitik!!
oleh itu, murid2 sekalian....igt dgn ayat yg mudah
"Malaysia tidak mengalami zaman Mesolitik sebab alat batu Hoabinh (ciri Mesolitik) dah wujud pada zaman Paleolitik"




















